Shukor ada hak: Sathianathan

Iklan
Keratan Sinar Harian semalam. (Gambar kecil: Sathianathan)

PRESIDEN Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menganggap kapten Melaka United, Mohd Shukor Adan tidak membuat sebarang kesalahan apabila didakwa enggan beraksi pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Pahang di Stadium Hang Jebat Ahad lalu.

"Pada pandangan saya, apa yang Shukor buat itu adalah betul. Jika gaji tidak dibayar lebih daripada dua bulan, seseorang pemain itu ada hak untuk tidak bermain.

Iklan
Iklan

"Buat apa jika dia turun beraksi tetapi tidak sepenuh hati. Saya sendiri tidak tahu mengapa Shukor tidak mahu bermain tetapi jika betul-betul dia boikot, itu hak dia atas alasan gaji tak dibayar,” jelas Sathianathan kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan mendedahkan Shukor yang juga bekas kapten skuad Harimau Malaya sudah tawar hati untuk beraksi bersama skuad Hang Tuah.

Iklan
Iklan

Malah, beliau turut memberitahu, pemain pertahanan berusia 39 tahun itu belum pasti lagi beraksi pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan Ahad ini.