KAPTEN Argentina, Lionel Messi memenangi anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2019 selepas menyingkirkan dua pencabar terdekatnya yang juga bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dan pertahanan Belanda, Virgil van Dijk pada majlis di La Scala Opera House, Milan
"Terima kasih kepada pihak yang membantu saya meraih pengiktirafan ini.
Iklan
Iklan
"Paling penting buat saya adalah anugerah secara kolektif tapi hari ini ia satu malam yang amat istimewa buat saya,” kata Messi.
Ini kali pertama Messi memenangi anugerah yang diperkenalkan pada 2016 itu dengan Ronaldo menang sebanyak dua kali iaitu 2016 dan 2017 manakala pemain Croatia, Luka Modric pada 2018.
Musim lalu, Messi membantu Barcelona mempertahankan kejuaraan La Liga dan menerajui Argentina muncul pasukan ketiga terbaik dalam saingan Copa America 2019.