Negeri Sembilan bakal berwajah negeri metropolis

Iklan

SEJAK dari dulu lagi, Negeri Sembilan sebenarnya mempunyai potensi yang besar untuk menjadi sebuah negeri maju, malah lebih cepat berbanding negeri-negeri lain.

Sebagai negeri yang menjadi gerbang selatan kepada Lembah Klang, kedudukan Negeri Sembilan dalam Google Maps merupakan satu kelebihan yang besar dari perspektif jarak dan juga logistik.

Iklan
Iklan

Dengan kata lain, semua perjalanan darat dari Singapura, Johor dan Melaka termasuk selatan Pahang, harus menyelusuri Negeri Sembilan terlebih dahulu untuk sampai ke Lembah Klang atau destinasi penting lain seperti KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya.

Fenomena ini sepatutnya secara tidak langsung memberi limpahan ekonomi kepada Negeri Sembilan sekiranya pembangunan dan infrastruktur negeri disusun secara efisyen serta konstruktif.

Iklan

Namun seperti yang kita sedar dan maklum, Negeri Sembilan acap kali dilihat atau dianggap masih sedikit ketinggalan dalam frasa kemajuan.

Hari ini selepas lebih setahun ditadbir dengan baik oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan, Negeri Sembilan tidak lagi menoleh ke belakang.

Iklan

Negeri ini harus berada di mercu kemajuan dengan perancangan yang rapi, strategik, energetik dengan perbelanjaan yang berhemah.

Semua harus mainkan peranan, rakyat dan juga pemimpin, kerajaan dan juga swasta, Melayu Cina atau India, agar Negeri Sembilan berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai tahap sebuah negeri yang pesat seperti Selangor dan Johor.

Antara pembangunan yang menjadi fokus bagi mencapai matlamat negeri maju ialah Pembangunan Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0) yang dijangka menarik pelaburan bernilai RM294 bilion dalam tempoh 30 tahun.

Projek pembangunan metropolis bertaraf dunia yang kompetitif, inklusif dan bersih itu mampu mewujudkan lebih 600,000 peluang pekerjaan.

Ya inilah yang ditunggu-tunggu oleh waghih sekalian, pembangunan dan kepesatan tahap dunia di Negeri Sembilan.

Terletak di antara Seremban dan Port Dickson, Pembangunan MVV 2.0 seluas 153,411 hektar itu turut memberi tumpuan khususnya kepada pembangunan pemangkin, faedah ekonomi dan sosial serta aspirasi kelestarian alam sekitar.

Pembangunan MVV 2.0 diberi nafas baharu selari dengan inspirasi kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan mempromosi industri berteknologi tinggi.

Ia sekali gus akan merubah wajah Negeri Sembilan tanpa mengusik identitinya sebagai negeri beradat.

Malah baru-baru ini Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Haji Aminuddin Harun telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan agar dipertimbangkan untuk mewujudkan kawasan zon bebas cukai di MVV 2.0.

Sekiranya Pembangunan MVV 2.0 dipakejkan bersama sebuah zon bebas cukai, diyakini ia mampu meningkatkan dan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan dalam skala yang mapan.

Negeri Sembilan terus mengorak langkah apabila cadangan perlaksanaan zon bebas cukai ke bumi adat pepatih mendapat perhatian Kementerian Kewangan.

Menurut kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, cadangan kerajaan Negeri Sembilan untuk mewujudkan sebuah zon bebas cukai di projek Pembangunan MVV 2.0 akan dipertimbang secara serius.

Semoga dengan adanya zon bebas cukai di Pembangunan MVV 2.0 yang juga zon bebas cukai pertama di Negeri Sembilan, ia berjaya merancakkan ekonomi lantas memberikan kelebihan manfaat dan pulangan yang besar buat rakyat Negeri Sembilan.

Tambahan pula, Negeri Sembilan juga telah disahkan mempunyai 2 stesen ECRL, yang pertama di Klawang manakala yang kedua di Nilai.

Bertingkek-tingkek untungnya rakyat Nismilan nijam.

Mungkin sudah tiba masa anak Noghori juga ingin berasa setaraf dari sudut kemajuan berbanding negeri lain.

Siapa tahu, dengan kemajuan dan kepesatan Rapid berterusan dalam masa yang singkat, tidak mustahil Negeri Sembilan mampu menjadi negeri pertama yang mempunyai jaringan Transit Aliran Ringan (LRT) sendiri selepas Lembah Klang.

Apakah laluannya Senawang-Paroi-Ampangan-Sikamat-Seremban-Rasah-Labu (Stesen HSR)-Mantin-Nilai (Stesen ECRL) dan berakhir di KLIA. Siapa tahu...

Waghih Nismilan

*Edy Noor Reduan ialah seorang aktivis blogger