DBKL roboh gerai warga asing

Iklan
Gerai usang yang dirobohkan dalam operasi DBKL bersama beberapa agensi. FOTO: FB DBKL

KUALA LUMPUR - Lima gerai usang di Jalan Madrasah, Gombak di sini dirobohkan dalam Operasi Khas Penjaja Tanpa Izin semalam.

Sumber dari Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, operasi berkenaan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Alam Flora Sdn Bhd.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, operasi khas bersepadu terbabit turut mengesan penjaja tanpa lesen di kawasan berkenaan.

"Operasi bersepadu ini melibatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan pembinaan struktur dan gerai penjaja tanpa lesen yang melibatkan warganegara asing.

Iklan

"Sebanyak dua sitaan dibuat terhadap pelbagai barangan perniagaan yang menyebabkan halangan di bawah UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

"Perobohan struktur lima gerai usang dilaksanakan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974,” katanya.

Iklan
Sebahagian barangan yang disita. FOTO: FB DBKL

Kenyataan itu juga memaklumkan, tindakan lain dilaksanakan mengikut bidang kuasa agensi dan jabatan terlibat.

Katanya, semua barangan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL.

"Operasi bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.