Uncle Kentang angkut tilam

Iklan
Tilam yang disumbangkan pemilik kedai perabot terpakai untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan.

PUCHONG -"Jangan hanya kita sediakan tempat tidur sendiri...sediakanlah tempat tidur yang elok untuk mereka yang tak mampu”.

Demikian coretan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang turut dikenali ramai dengan gelaran Uncle Kentang dalam status dikongsikan dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau yang sebelum ini menawarkan khidmat van jenazah, ambulans dan kenderaan percuma ke hospital kali ini memberi sumbangan tilam terpakai berjenama yang mencecah harga ribuan ringgit kepada mereka yang memerlukan.

Chee Heng berkata, tilam berkenaan adalah hasil sumbangan pemilik sebuah kedai perabot terpakai yang beralamat di Kuala Lumpur.

Iklan
Chee Heng mengangkut tilam untuk diedarkan kepada penduduk memerlukan sekitar Puchong.

Katanya, gembira dengan aktiviti kebajikan dijalankan, pemilik kedai perabot tersebut menghubunginya dan menyatakan keinginan turut menyumbang sama.

"Pemilik kedai bagi saya pilih apa-apa kelengkapan perabot yang diperlukan untuk didermakan kepada mereka yang susah.

Iklan

"Saya pilih tilam kerana dapati di kebanyakan rumah orang susah yang saya pergi kebanyakan mereka tidur di atas lantai tanpa apa-apa alas,” katanya.

Tambahnya, tilam berkenaan akan diagih kepada golongan tidak berkemampuan sekitar Puchong dan di kawasan yang memerlukan.

Chee Heng berkata, dengan sumbangan diberi, dia percaya penyumbang akan tidur lebih sempurna dan lena.

"Yang penting, kita tentukan mereka tidak lapar masa tidur dan ada bantal dan tilam untuk tidur dengan sempurna. Tiada guna hidup sebagai manusia, 'enjoy' sementara, lain bersusah dan berlapar. Tidur pun tak ada tempat yang elok dan sesuai.

"Hati aku tak akan tenang kalau lihat mereka sedemikian kerana aku mampu mengubah hidup mereka kepada sedikit elok.

"Terima kasih Tuhan kerana beri aku mata untuk melihat kesusahan orang lain dan dua kaki untuk mampu berjalan membantu mereka,” tulisnya dalam kenyataan itu.