LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dijangka berdepan lebih banyak kemarahan dan desakan untuk meletak jawatan selepas Parlimen disambung semula hari ini susulan keputusan Mahkamah Agung yang menyifatkan tindakannya menggantung Parlimen sebagai tidak sah.
Johnson bagaimanapun tidak mengendahkan gesaan letak jawatan dan menegaskan beliau tidak bersetuju dengan penghakiman tersebut.
Iklan
Iklan
Sebelum ini pemimpin Parti Konservatif terbabit ingin menggantung Parlimen sehingga 14 Oktober untuk membenarkan kerajaan menetapkan program perundangan baharu.
Bercakap kepada media semalam, Johnson berkata, keputusan mahkamah itu tidak akan menghalangnya daripada menyampaikan kehendak rakyat untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Oktober.
Sementara itu, beberapa analisis mengatakan adalah tidak mustahil bagi pemimpin itu mengadakan pilihan raya ketiga hari ini untuk memendekkan tempoh Parlimen sebelum 31 Oktober selepas Parlimen dua kali mengundi menolak usulnya sebelum ini. - Agensi