Penampilan Meghan Markle curi perhatian

Iklan
Markle berbual dengan seorang kanak-kanak di dalam masjid.

CAPE TOWN - Penampilan Duchess of Sussex, Meghan Markle memakai selendang ketika menziarahi masjid tertua di Afrika Selatan, Auwul, di Bo-Kaap pada hari kedua lawatan diraja mendapat pujian ramai.

Ia sekaligus membangkitkan kenangan terhadap ibu suaminya, mendiang Puteri Diana yang juga memakai selendang semasa melawat Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan pada tahun 1991.