Kapasiti keluaran minyak Arab Saudi kembali pulih

Iklan
Antara infrastruktur yang musnah dalam serangan ke atas kemudahan minyak Aramco pada 14 September lalu.

LONDON - Arab Saudi telah memulihkan kapasiti keluaran minyak mereka kepada 11.3 juta tong sehari, menurut tiga sumber yang memberi taklimat tentang operasi Aramco kepada Reuters.

Jelas sumber itu, langkah pemulihan itu adalah lebih cepat berbanding jangkaan awal selepas insiden serangan ke atas kemudahan minyak di Saudi pada 14 September lalu menjejaskan separuh keluaran minyak.

Iklan
Iklan

Keluaran minyak mentah dari loji minyak di Khurais kini mencecah 1.3 juta tong sehari manakala pengeluaran di Abqaiq adalah kira-kira 4.9 juta tong sehari.

Isnin lalu, beberapa sumber memaklumkan keluaran di Abqaiq sudah mencapai kira-kira tiga juta tong sehari.

Iklan

Menteri Minyak Saudi, Putera Abdulaziz Salman dan Ketua Eksekutif syarikat Aramco, Amin Nasser memaklumkan keluaran minyak tersebut akan kembali sepenuhnya pada akhir bulan ini.

Serangan tersebut pada mulanya turut menyebabkan harga minyak meningkat kepada 20 peratus walaupun ia kembali jatuh tidak lama selepas Riyadh berjanji untuk memulihkan semula keadaan itu dengan cepat.

Iklan

Harga minyak mentah pada hari ini dilaporkan turun lebih AS$1 (RM4) setong kepada AS$62 (RM259).

Difahamkan, Saudi berjaya mengekalkan bekalan kepada pelanggan pada peringkat sebelum serangan dengan menarik inventori minyak mereka dan menawarkan gred minyak mentah daripada loji lain. - Agensi