Gelongsor air terpanjang dunia diiktiraf Guinness World Records

Iklan
Gelongsor air sepanjang 1.111 km diiktiraf Guinness World Records sebagai gelongsor air terpanjang di dunia.

GEORGETOWN - Taman Tema Escape Pulau Pinang di Teluk Bahang di sini melakar sejarah apabila diiktiraf sebagai gelongsor air terpanjang di dunia sepanjang 1.111 km dalam Guinness World Records.

Ketua pegawai eksekutifnya, Sim Choo Kheng berkata, gelongsor dengan ketinggian 70 meter itu telah siap sepenuhnya, namun sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa sebelum dibuka kepada orang ramai bulan depan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, fasa ketiga 'Gravity Play' itu mengatasi rekod dunia 0.602 km milik taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat pada 2015.

Gelongsor air terpanjang dunia dibuka Ogos ini

Iklan

Pengunjung teruja sebelum menaiki gelongsor air terpanjang di dunia.

Katanya, perbezaan antara teman tema berkenaan dengan Taman Tema Escape Pulau Pinang ialah tidak akan ada taman permainan air disebabkan oleh faktor musim sejuk.

Iklan