Jangan sampai hanya mampu beli rumah saiz parkir kereta

Iklan
Gambar hiasan

SEJAK seminggu lalu, kecoh betul mengenai isu pemilikan rumah.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sibuk dengan Kempen Pemilikan Rumah untuk pembeli dari China dan Hong Kong bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah di Malaysia.

Iklan
Iklan

Cadangan itu membuatkan kerusi Menterinya, Zuraida Kamaruddin sedikit panas apabila teruk juga dibidas pelbagai pihak apabila kaedah itu dianggap seolah-olah menjual Malaysia kepada China.

Jika itu kisah rumah mewah, tiga hari lalu giliran Menteri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah pula membentangkan isu pemilikan rumah melibatkan rumah mampu milik.

Iklan

Pendedahan Amiruddin agak menakutkan apabila pihaknya mendapati unit kondominium dan apartmen berharga RM200,000 dan RM300,000 mendominasi senarai hartanah tidak terjual.

Ia adalah mesej jelas kepada kerajaan betapa realitinya rumah pada harga kononnya mampu milik sebenarnya tidak mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat.

Iklan

Apa yang paling merisaukan Merak Jalanan mengenai isu ini sudah tentunya kesannya kepada generasi muda.

Ini kerana realitinya jika seseorang anak muda itu mahu membeli rumah pada harga RM300,000, dia sekurang-kurang perlu menyediakan bayaran bulanan minimum RM1,500 sebulan selain bayaran penyelenggaraan antara RM100 hingga RM200.

Jika gaji bulanan pun baru mencecah RM2,500 sebulan bagaimana mahu memiliki kediaman mencecah RM300,000?

Merak Jalanan teringat, sewaktu menghantar seorang kawan ke bilik yang ingin disewanya selepas baru mendapat kerja di ibu negara, rupa-rupanya pangsapuri tiga bilik di Pandan Indah, Kuala Lumpur itu sudah diubah suai.

Ruang tamu dipasang papan lapis menjadikan rumah itu mempunyai lima bilik!

Jiran biliknya pula ialah sebuah keluarga dengan seorang anak.

Pelik! tapi itu realitinya. Jika di Hong Kong diperkenalkan rumah nano dengan saiz besar sedikit daripada parkir kereta, adakah ini juga nasib generasi muda kita?