Gaji tertunggak pemain MU, bukan lima bulan tapi...

Iklan
Isu tunggakan gaji barisan pemain Melaka United kembali menjadi bualan panas dalam kalangan peminat dan penyokong bola sepak tempatan. - FOTO: FB MUSA. Gambar kecil: Adly Zahari

"BUKAN lima bulan tapi tiga bulan,” demikian tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari yang juga Ketua Menteri Melaka ketika diminta mengulas isu masalah tunggakan gaji yang membelenggu skuad Hang Tuah ketika ini.

Adly berkata, beliau kecewa apabila timbul khabar angin yang mengatakan bayaran gaji para pemain Melaka United tertunggak sehingga lima bulan.

Iklan
Iklan

"Saya kecewa apabila ada yang mendakwa gaji pemain tidak dibayar sehingga lima bulan, ia tidak benar kerana tunggakan gaji yang sebenar adalah tiga bulan.

"Kita akan selesaikan sebulan gaji terlebih dulu daripada tiga bulan yang tertunggak. Kita akan berusaha memastikan gaji tertunggak dapat diselesaikan kepada para pemain sepenuhnya,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Negeri sempena Konvensyen Pengembangan dan Hari Inovasi Veterinar di A’ Famosa Resort, Melaka malam kelmarin.

Menurutnya, masalah tunggakan gaji itu turut berkaitan dengan kekangan membuat pembayaran bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tertunggak sejak tahun lalu.

Iklan

"Kita akan berusaha melunaskannya secara berperingkat berserta bayaran gaji menjelang hujung bulan ini membabitkan kos kira-kira RM1 juta,” jelasnya.

Terdahulu, kapten Melaka United, Mohd Shukor Adan secara terbuka meluahkan perasaan di laman Instagram miliknya ekoran masalah tunggakan gaji yang sedang membelit barisan pemain Melaka United.

Isu tunggakan gaji barisan pemain Melaka United kembali menjadi bualan panas dalam kalangan peminat dan penyokong bola sepak tempatan apabila kapten Melaka United, Mohd Shukor Adan meluahkan perasaan di laman Instagram miliknya baru-baru ini.