Dikritik anti-Yahudi, ini jawab Tun Mahathir

Iklan
Dr Mahathir pada Forum Pemimpin Dunia di Columbia University di sini semalam. - Foto Bernama

NEW YORK -"Menjadi hak setiap individu bersuara tentang sesuatu perkara termasuk bersifat anti-Yahudi. Apabila ada pihak halang, ia telah menyekat kebebasan bersuara," tegas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, beliau sendiri mengamalkan kebebasan bersuara dan tidak adil jika dirinya tidak boleh berkata sesuatu yang bersifat menentang Yahudi.

Iklan
Iklan

"Seharusnya kita perlu dengar pandangan bertentangan dengan kita kerana ia adalah kebebasan bersuara. Apabila anda mengatakan saya tidak boleh anti-Yahudi, jelas di sini tiada kebebasan bersuara," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada anggota penyokong komuniti Israel yang menyifatkan Dr Mahathir berbangga digelar sebagai seorang anti-Yahudi.

Iklan

Sesi soal jawab sempena Forum Pemimpin Dunia itu berlangsung di Universiti Columbia, di sini semalam.

Dr Mahathir pada Forum Pemimpin Dunia di Columbia University di sini semalam. - Foto Bernama

Pada forum itu juga, Dr Mahathir turut diminta oleh penuntut universiti tersebut mengulas berkenaan tragedi holocaust yang didakwa menyebabkan kematian lebih enam juta penganut Yahudi.

Iklan

Bagaimanapun, perkara itu telah pun dinafikan Dr Mahathir sebelum ini dalam satu temu bual bersama media antarabangsa sebelum ini.

"Seorang wartawan pernah dipenjara tiga bulan kerana mempersoal jumlah kematian tragedi holocaust, anda perlu ingat ini. Saya tidak mempersoalnya, cuma kata siapa yang menentukan angka ini?"

"Saya akui holocaust berlaku dan ramai Yahudi mati. Pada satu masa dulu, saya simpati dengan mereka ketika peperangan berlaku dan ketika itu saya telah ada, anda belum ada lagi, namun siapa yang tentukan angka?

"Jika seseorang menyokong, anda dapat satu angka (kematian), sebaliknya menentangnya anda dapat angka yang lebih besar," ujarnya.

Untuk info, beberapa kelompok pro-Israel dan pro-Yahudi membantah tindakan Universiti Columbia menjemput Dr Mahathir sebagai salah seorang tetamu pada forum berkenaan.

Bantahan itu berikutan kelompok tersebut menyifatkan Dr Mahathir tidak layak berucap di institusi pendidikan terkemuka peringkat antarabangsa itu.