Piala Malaysia: Lang Merah ada kelebihan satu gol ke Alor Setar

Iklan
Antara aksi menarik dipamerkan pemain kedua-dua pasukan pada aksi di Manjung, malam tadi. - Foto PKNP FC

JUARA Piala FA, Kedah mampu menarik nafas lega apabila menewaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC 2-1 pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini malam tadi.

Skuad Lang Merah itu bermula garang pada separuh masa pertama apabila melakukan serangan bertubi-tubi ke gawang PKNP FC, namun ketumpulan sentuhan penyudah dan ketangkasan penjaga gol lawan, Shafiq Afifi Suhaimi menggagalkan hajat pelawat mendahului tuan rumah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, PKNP yang kemudiannya memperkemaskan jentera serangannya akhirnya mendahului menerusi Yashir Armando Pinto Islame pada minit ke-37.

Bersambung babak kedua, penyerang Kedah, Fernando Rodriguez Ortega meledak gol penyamaan pada minit ke-47 selepas menerima hantaran cantik daripada Jonatan Jesus Bauman.

Iklan

Ketika kedua-dua pasukan saling mengasak, tuan rumah dikejutkan dengan gol kedua Kedah menerusi tandukan David William Rowley, hasil sepakan percuma Kapten Lang Merah, Baddrol Bakhtiar dari kanan gol lawan pada minit ke-73.

PKNP FC cuba bangkit dengan mengatur beberapa serangan, namun gagal membuahkan hasil dan keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Iklan

Kedua-dua pasukan akan bertembung sekali lagi pada aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Aman, Alor Setar Ahad ini. - Bernama