Jumlah titik panas di Indonesia menurun

Iklan
Anggota polis membantu seorang wanita memakai topeng di Banda Aceh semalam. - Foto AFP

JAKARTA - Jumlah titik panas di Indonesia menurun kepada lebih 40 peratus selepas hujan turun di beberapa bahagian Sumatera dan Kalimantan, sekali gus menjadikan keadaan jerebu semakin berkurangan di wilayah terjejas.

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Hubungan Awam di Lembaga Nasional untuk Pengurusan Bencana, Agus Wibowo berkata, jumlah titik panas yang direkodkan semalam menurun 1,744 berbanding 3,150 yang dicatatkan dua hari lalu.

Iklan
Iklan

Sementara itu, polis dan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan mengesahkan 323 individu telah ditahan selepas disyaki terlibat dalam insiden kebakaran hutan yang kembali mencetuskan konfrontasi serantau.

Ketua Biro Maklumat Awam Polis, Dedi Prasetyo berkata, sebanyak 14 syarikat perladangan turut dipercayai terlibat dalam aktiviti tersebut.

Iklan
Iklan

Sejak Januari lalu, lebih 300,000 hektar kawasan hutan dan pertanian musnah dalam kebakaran di beberapa wilayah di negara itu. - Agensi