Lima aplikasi streaming muzik percuma

Iklan
BANDLAB

SEMUANYA hanya di hujung jari kerana anda boleh mengakses atau streaming lagu atau video secara langsung secara percuma lebih-lebih lagi lambakan aplikasi dalam Google Play atau App Store.

Berikut perkongsian e-Trend minggu ini mengenai aplikasi terbaik untuk streaming lagu secara percuma!

Iklan
Iklan

BandLab

Satu lagi platform pembikinan muzik nombor 1 dunia! Aplikasi pintar itu tidak mustahil mampu mengubah industri muzik dunia.

Iklan

BandLab yang dimuat turun lebih 5 juta pengguna dan mula diperkenalkan pada 8 Jun 2015 itu berupaya berkongsi muzik dari lebih 180 negara dengan ciri menarik.

Lebih memudahkan pengguna untuk mencipta muzik sendiri atau mencari muzik yang hebat untuk didengari sebagai sumber inspirasi bahkan boleh bekerjasama dengan pengguna lain untuk bersama mencipta lagu pilihan.

BANDLAB

Iklan

Spotify

Aplikasi muzik paling trending apabila dimuat turun lebih 500 juta pengguna seluruh dunia!

Aplikasi yang diasaskan Daniel Ek dan Martin Lorentzon dari Sweden itu merupakan platform muzik digital yang memuatkan lebih sejuta lagu tempatan dan luar negara.

SPOTIFY

Menariknya, aplikasi yang berfungsi seperti radio dalam talian itu membolehkan pengguna memilih lagu yang diminati mengikut pelbagai genre.

Spotify juga menawarkan pengguna akses streaming tanpa had untuk pelbagai jenis sari kata, trek audio, genre lagu, album dan artis.

Walaupun percuma, ciri yang disediakan cukup berbaloi dengan keupayaan pemilihan muzik yang mudah dan boleh mendengar lagu di luar talian.

JOOX

JOOX Streaming Music

Aplikasi yang diperkenalkan Tencent Mobility Limited pada 10 Februari 2015 itu antara aplikasi streaming terbesar di pasaran Asia seperti Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Myanmar dan Thailand.

Bagaimanapun, aplikasi itu hanya boleh dimuat turun di negara tertentu seperti Hongkong-China, Macau-China, Thailand, Indonesia, Myanmar dan Afrika Selatan sahaja.

Bukan sahaja boleh mendengar muzik tempatan dan antarabangsa, JOOX Streaming Music turut menyediakan paparan lirik lagu berbahasa Inggeris dan Melayu bagi memudahkan pengguna untuk berkaraoke.

Bayaran RM14.90 sebulan, RM40.90 untuk tiga bulan dan RM73.90 (enam bulan) bagi mendapatkan akses premium yang pastinya memberi lebih banyak kelebihan kepada pengguna.

TIDAL

TIDAL Music

Pengguna boleh streaming lagu kegemaran dengan kualiti yang cukup baik dalam katalog gergasi yang disediakan.

Uniknya, aplikasi yang dimuat turun lebih sejuta pengguna itu menghimpunkan artis dan peminat dalam satu platform maya secara eksklusif dan livestream tanpa mengira genre muzik.

Pengguna juga boleh mencipta carta lagu tersendiri dengan ciri audio lossless yang tulen, kualiti high fidelity (hi fi) yang terbaik meskipun di luar talian internet.

Pengguna boleh mencuba dengan percuma untuk tempoh 30 hari dan langganan boleh dibatalkan pada bila-bila masa tanpa sebarang caj tersembunyi.

STORYBEAT

Storybeat

Lain pula fungsi aplikasi Storybeat yang bukan sahaja menjadi platform muzik bahkan memberi kelebihan kepada pengguna untuk mencipta video muzik peribadi untuk dikongsi menerusi media sosial.

Mungkin juga menjadi pilihan Instafamous tanah air kerana memberi ruang untuk mereka mencipta video muzik menarik dengan berjuta-juta lagu daripada artis tempatan dan luar negara.

Dengan trek lagu paling hangat dalam setiap genre, kapasiti ‘perpustakaan’ maya yang sentiasa dikemas kini setiap hari memberi pilihan kepada lebih sejuta pengguna untuk mencungkil bakat dalam menghasil video musik terbaik.

Semudah ABC! Hanya patuhi arahan yang diberikan, anda boleh menghasilkan video menarik untuk dikongsi dalam Facebook, Instagram, Twitter dan medium media sosial lain.