Lelaki Indonesia dikhuatiri hilang jatuh kapal

Iklan
Mangsa dikatakan terjatuh dari sebuah kapal pagi tadi.

GEORGETOWN- Seorang pekerja warga Indonesia dikhuatiri hilang selepas terjatuh dari sebuah kapal berhampiran Jeti Macallum kira-kira jam 11.21 pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, mangsa dikenali sebagai Agus berusia 24 tahun dikatakan terjatuh dari Kapal Tangki Mekar Jaya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa yang juga kru kapal itu dikatakan terjatuh ketika kapal tersebut sedang bersauh di kedudukan 0.2 batu nautika dari perairan Macallum, di sini.

"Kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan bagi mencari mangsa. Kita mendapat bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai, Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bandar Perda dan Unit PPDA Paya Terubong.

Iklan

"Kita juga mendapat bantuan dari Pasukan Gerakan Polis Marin dari Batu Uban. Bomba telah membuka pos kawalan di Jeti Macallum sepanjang operasi pencarian dijalankan," katanya ketika dihubungi tadi.

Difahamkan sehingga kini, mangsa belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Iklan