MOSCOW - Angkasawan Arab pertama di dunia, Mejar Hazza al-Mansoori dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyapa dunia dengan 'Assalamualaikum' sejurus beliau berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kira-kira lapan jam selepas ia dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan semalam.
"Kami sangat bersyukur kerana selamat tiba di ISS. Alhamdulillah, segalanya berada dalam keadaan baik.
Iklan
Iklan
Selain al-Mansoori, kapal angkasa Soyuz MS-15 turut membawa Jessica Meir dari Amerika Syarikat dan komander veteran Rusia, Oleg Skripochka untuk menyertai enam kru lain yang berada di ISS.
Sementara itu, Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed juga menyatakan beliau sangat berbangga dengan pencapaian al-Mansoori yang berjaya membawa UAE ke tahap itu.
Difahamkan al-Mansouri akan berada di stesen angkasa itu selama lapan hari dan dijadualkan kembali ke bumi pada 3 Oktober depan. - Agensi