Polis Australia tahan lelaki bawa bom tiruan

Iklan
Polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kehadiran seorang lelaki yang mencurigakan.

SYDNEY - Polis Australia menahan seorang lelaki di pusat bandar Melbourne hari ini kerana disyaki membawa peranti misteri dipercayai bom tiruan.

Media tempatan melaporkan, skuad pemusnah bom turut dipanggil ke lokasi kejadian di Racecourese Road di utara Melbourne.

Iklan
Iklan

"Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun selepas pegawai dari unit pemusnah bom membuat pemeriksaan keselamatan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati, peranti yang dibawa suspek adalah alat letupan tiruan," menurut kenyataan dikeluarkan polis.

Iklan
Iklan

Difahamkan, lokasi suspek ditahan berhampiran Royal Melbourne Show yang padat dengan pengunjung sempena cuti sekolah. - Agensi