SUNGAI PETANI – Tidak hanya mementingkan keseronokan duniawi semata-mata sebaliknya 20 jemaah Surau Khalid Al Walid, Bandar Puteri Jaya turut berdakwah ketika melaksanakan misi konvoi ke Janda Baik, Pahang baru-baru ini.
Ketua konvoi merangkap imam, Nakhoie Jusoh berkata, walaupun perjalanan mengambil masa tiga hari untuk kembali ke Sungai Petani, namun setiap perjalanan mementingkan amalan solat berjemaah dalam kalangan peserta sekaligus menjadi contoh kepada orang ramai.
Menurutnya, apabila tiba waktu solat, peserta Kembara Mahabbah Siri 2 akan singgah di beberapa masjid sepanjang perjalanan, bagi menunaikan kewajipan itu.
Bagi memupuk sikap saling bantu-membantu, peserta juga mengadakan sumbangan amal yang diserahkan kepada Maahad Tahfiz Raudhah di Janda Baik.
Menurut beliau, lebih istimewa, konvoi terbabit singgah di Bukit Merah, Tapah, dan Ulu Bernam untuk solat Jumaat sebelum ke Genting Sempah dan bermalam di Janda Baik dengan menunggang motosikal kapcai 150cc dan ke bawah.
Katanya, pada hari kedua, konvoi bergerak melalui Bentong, Raub dan Sungai Koyan dan bermalam di Cameron Highlands sebelum pulang ke Sungai Petani pada keesokan harinya.
Sebelum memulakan perjalanan, konvoi mendapat taklimat khas daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah tentang cara-cara menunggang secara berkumpulan dan beberapa aspek keselamatan jalan raya.
Menurut Nakhoie, selain berdakwah, tujuan Kembara Mahabbah ini juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama jemaah.
Beliau berharap dengan adanya program seumpama ini, mampu menarik perhatian anak muda yang berminat dalam bidang permotoran untuk bersama-sama mengikuti aktiviti surau sekali gus mengelakkan daripada terlibat aktiviti tidak sihat.