Daesh bunuh 14 tentera di timur laut Nigeria

Iklan
Anggota tentera Nigeria berkawal di sebuah lokasi di Maiduguri. - FOTO: AGENSI

ABUJA - Kumpulan militan Daesh didakwa membunuh 14 tentera kerajaan di timur laut Nigeria semalam.

Sumber tentera berkata, serangan itu berlaku di negeri Borno yang menyaksikan pertempuran sengit antara pasukan keselamatan dan anggota militan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Ia menambah, militan turut membunuh salah seorang daripada enam pekerja bantuan yang diculik sejak Julai lalu.

Kesemua pekerja bantuan terbabit diculik ketika bertugas di Maiduguri.

Iklan

Konflik bersenjata di Nigeria telah meragut lebih 27,000 nyawa dan menyebabkan lebih dua juta orang hilang tempat tinggal dan menjadi pelarian.

Boko Haram yang merupakan sekutu Daesh turut menyasarkan orang awam sejak melancarkan pemberontakan di Nigeria pada 2009. - Agensi

Iklan