Skim Rezeki Ternak perkasa industri penghasilan daging negara

Iklan
Salahuddin

ALOR GAJAH - Skim Rezeki Ternak yang akan diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani antara langkah bagi memperkasakan dan memantapkan industri penghasilan daging di negara ini.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, cadangan menjenamakan semula program itu yang dahulunya dikenali sebagai Sistem Lembu Pawah pada tahun depan bagi membolehkan kementerian memfokuskan manfaat kepada 1,000 peserta golongan sasar terdiri dalam kalangan pengusaha B40.

Iklan
Iklan

Menurutnya, industri dominan yang dipelopori di negara ini mencapai hasil hanya 23 peratus dan kerajaan menyasarkan peningkatan kepada 30 peratus dalam jangka lima tahun akan datang.

"Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan menawarkan sebanyak lima ekor lembu atau 10 ekor kambing bagi seorang pengusaha selain dapat membantu golongan penternak, skim ini juga dijangka mampu meningkatkan Tahap Kemandirian Sendiri (SSL).

Iklan
Salahuddin (tengah) ketika sidang media selepas Sambutan 125 Tahun Perkhidmatan Veterinar yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Persidangan dan Pameran Freeport A' Famosa Outlet di Simpang Ampat di sini hari ini.

"Dengan adanya sistem ini, golongan penternak akan diberikan modul pengurusan penternakan yang betul agar dapat melahirkan pengusaha yang berkemahiran tinggi di dalam industri ini," katanya.

Salahuddin berkata demikian ketika sidang media selepas Sambutan 125 Tahun Perkhidmatan Veterinar yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Persidangan dan Pameran Freeport A' Famosa Outlet, di Simpang Ampat di sini hari ini.

Iklan

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan.

Tambahnya, golongan penternak akan diberikan modul pengurusan penternakan yang betul agar dapat melahirkan pengusaha yang berkemahiran tinggi di dalam industri ini.

Bagaimanapun katanya, perlaksanaan terbabit bergantung kepada peruntukan dikeluarkan pada Bajet 2020 tahun hadapan.

"Jadi kita akan tunggu peruntukan dikeluarkan dan kita sasarkan seramai 1,000 penternak akan menerima manfaat ini, malah akan dilaksanakan secara berperingkat dalam masa lima tahun ini.

"Perlaksanaan ini akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan harap dapat membantu meningkatkan kadar penghasilan daging dari negara ini," katanya.