Tiada sambutan Tahun Baharu di Aceh

Iklan
Tiada sambutan Tahun Baharu di Banda Aceh malam tadi.

BANDA ACEH - INDONESIA. Tidak seperti bandar lain di republik ini, Banda Aceh kelihatan tenang tanpa percikan bunga api pada malam Tahun Baharu.

Malah, penduduk bandar berkenaan seolah-olah tidak teruja menyambut kehadiran 2019.

Iklan
Iklan

Tinjauan pihak berkuasa di kawasan yang dikatakan bakal menyaksikan kehadiran orang ramai pada malam ambang Tahun Baharu juga mendapati ia lengang.

Suasana malam di bandar berkenaan hanya dihiasi lampu-lampu kenderaan penduduk yang bergegas pulang ke rumah.

Iklan

"Di Banda Aceh tidak ada perayaan yang melanggar adat seperti membakar mercun atau pertunjukkan bunga api, lumba haram dan sebagainya.

"Saya sudah membuat rondaan sebentar tadi dan tidak menemui sebarang perbuatan yang jelas melanggar peraturan yang ditetapkan," kata Datuk Bandar, Aminullah Usman.

Iklan

Katanya lagi, petugas khas telah ditempatkan di beberapa kawasan tumpuan bagi mencegah sebarang kemungkaran pada malam Tahun Baharu.

Malah beliau sendiri menggunakan pembesar suara bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak berkumpul di bahu jalan atau memberhentikan kenderaan mereka semasa jarum jam singgah ke angka 12, malam tadi.

"Hampir jam satu, jalan-jalan sudah sepi seperti malam biasa," katanya. - Detiknews