KEMAMAN - Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) kini tidak lagi terasing apabila mencatat peningkatan pengunjung secara mendadak selepas insiden pemandu bas ekspres dipukul pekerja gerai di R&R Gambang.
Pertambahan pengunjung itu berikutan banyak bas ekspres berhenti di R&R Perasing yang sebelum ini dihimpit kerugian kerana hentian itu kurang disinggahi pengguna lebuh raya.
Peniaga gerai nasi ayam, Nordayana Sorfina Mohd Zuhairi, 20, berkata, berkat kesabaran kini nasib peniaga R&R Perasing sudah berubah.
"Alhamdulillah, sekarang saya dan peniaga lain dah boleh bernafas berbanding dulu kerana pengunjung bertambah dengan sangat ramai sejak banyak bas ekspres berhenti di sini.
"Waktu puncak bas ekspres berhenti di sini pada jam 1 tengah hari dan 1 pagi setiap hari, ada lebih 10 bas waktu itu,” katanya.
Nordayana berkata, akibat pertambahan pengunjung, sebanyak tiga gerai di R&R Perasing termasuk gerainya dibuka 24 jam sehari.

Deretan bas ekspres berhenti di R&R Perasing pada jam 1 pagi.