Lelaki maut terjatuh dalam mesin tepung

Iklan
Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

IPOH - Seorang lelaki warganegara Nepal maut selepas terjatuh ke dalam mesin penyejuk tepung di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tasek di sini hari ini.

Mangsa, Lama Kajiman, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

Iklan
Iklan

Difahamkan mangsa terjatuh ke dalam mesin yang masih berjalan ketika melakukan kerja-kerja pencucian mesin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohamad Mahir Mat Saad berkata, seramai 10 anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.47 malam.

Iklan

Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa telah terjatuh ke dalam mesin penyejuk tepung ketika melakukan kerja-kerja pencucian.

Iklan

"Anggota bertindak membawa keluar mangsa yang diselaputi tepung itu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 9.38 malam.