Raih RM37 juta dalam tempoh 139 saat

Iklan
Mayweather menewaskan Nasukawa dengan TKO seawal pusingan pertama.

TOKYO - JEPUN. Sensasi tinju dunia, Floyd Mayweather meraih AS$9 juta (RM37 juta) selepas 'menari' di atas gelanggang pada pertarungan pertunjukkan ambang Tahun Baharu, semalam.

Mayweather, 41, ternyata mendominasi pertarungan itu apabila membelasah jaguh kickboxing Jepun, Tenshin Nasukawa dengan perkiraan ‘technical knockout’ seawal pusingan pertama pertarungan.

Iklan
Iklan

Nasukawa, 20, yang mempunyai rekod bersih dalam MMA dilaporkan berdepan denda AS$5 juta (RM20.67 juta) jika melakukan tendangan terhadap Mayweather.

Mayweather yang keluar daripada persaraan, sebelum ini berkata, beliau hanya bersetuju berdepan jaguh kickboxing itu jika perlawanan tidak membabitkan tendangan.

Iklan

Pertarungan juga tidak mempunyai pengadil dengan promoter menganggapnya sebagai perlawanan pertunjukan dan ia tidak akan dimasukkan sebagai rekod perlawanan buat kedua-dua peninju.

Namun ada pihak memandang sinis pertarungan itu dengan menganggap ia sekadar lakonan.

Iklan

Ada juga menganggap Mayweather sebagai pengecut kerana tidak berani bertarung menggunakan peraturan kickboxing atau MMA - Agensi