Dr Mahathir janji lepas jawatan PM sebelum PRU15

Iklan
Dr Mahahir dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Amerika Syarikat seiring Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) sesi ke-74. -Foto Bernama

NEW YORK - Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Astro Awani melaporkan Dr Mahathir berkata, dalam tempoh tiga tahun ini beliau akan berusaha mencapai pelbagai matlamat Malaysia.

Iklan
Iklan

"Saya berjanji untuk mengundur diri sebelum pilihan raya akan datang dan memberi laluan kepada calon lain.

"Saya mungkin ada sekitar tiga tahun mungkin. Dalam tempoh tiga tahun ini, saya perlu mencapai kejayaan dalam pelbagai perkara,” katanya pada sesi bersama Majlis Hubungan Luar (CFR) di sini Khamis.

Iklan

Dialog bersama anggota CFR itu adalah program sampingan beliau dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Amerika Syarikat seiring Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) sesi ke-74.

Namun Dr Mahathir berkata, tiada sebarang jaminan semua usaha yang dilakukannya ketika ini akan mencapai kejayaan seperti diharapkan.

Iklan

Ini kerana katanya, sewaktu melepaskan jawatan pada 2003, beliau meninggalkan kerusi Perdana Menteri keempat dengan kedudukan ekonomi, politik dan pentadbiran yang baik.

Bagaimanapun tegasnya, ia berubah apabila penggantinya mempunyai idea yang berbeza.

"Malangnya, apabila anda mempunyai pemimpin yang berpandangan lain, perkara buruk boleh berlaku. Sekarang saya tidak boleh memberi jaminan sama ada akan melakukan yang lebih baik atau yang tidak baik.

"Namun kita akan pastikan segalanya teratur, anggota pentadbiran telah dibersihkan dan melantik mereka yang lebih jujur, tapi kurang latihan, namun mampu untuk melakukan tugas,” katanya.

Jelasnya, pada ketika ini beliau telah berjaya membetulkan situasi kewangan negara, mengurangkan hutang, dan merancang untuk menjadikan hutang sedia ada kepada peluang masa hadapan.