Bolehkah guna pewangi, peluntur pada pakaian untuk solat?

Iklan
JIKA pewangi pakaian atau peluntur digunakan untuk tujuan solat dan selainnya, hukum asalnya harus walaupun ia mungkin mengandungi alkohol kerana ia diletakkan untuk penstabilan bau ataupun warnanya.

SELAIN sabun basuh, pewangi dan bahan peluntur antara yang menjadi kelaziman kita ketika membasuh pakaian.

Lazimnya, apabila membasuh pakaian menggunakan mesin basuh separa automatik, pakaian akan dibilas dengan air bersih sebelum meletakkan pewangi, proses pengeringan dan penjemuran.

Iklan
Iklan

Namun, yang menjadi persoalannya, bolehkah ia dipakai ketika solat?

Dalam hal itu, hukum asal memakai wangian bagi lelaki adalah amat digalakkan.

Iklan

Bagi wanita, tidak diharuskan melainkan dipakai dalam kuantiti yang amat sedikit untuk menghilangkan bau badan.

Adapun peluntur atau pewangi pakaian mengambil tempat sama hukum seperti wangian.

Iklan

Ia boleh dibahagikan kepada dua perbincangan.

Pertama, jika ia dipakai untuk tujuan solat dan selainnya, maka hukum asalnya harus walaupun ia mungkin mengandungi alkohol kerana ia diletakkan untuk tujuan penstabilan bau wangi ataupun warnanya, bukan untuk memabukkan, maka ia diharuskan.

Kedua, jika meletakkan pewangi pada pakaian untuk keluar rumah seperti pakaian untuk ke tempat kerja, berjalan dan selainnya hingga menyebabkan baunya terhidu oleh lelaki ajnabi, maka hukumnya tidak harus kerana sebahagian ulama seperti Ibn Hajar al-Asqalani menyamakan apa-apa wangian yang terzahir daripada wanita yang semisal minyak wangi.

Oleh itu, diharuskan untuk menggunakan pewangi untuk tujuan pakaian di dalam rumah termasuk untuk solat bagi wanita, tetapi tidak diharuskan menggunakan pewangi pada pakaian untuk bekerja melainkan kuantiti yang sedikit untuk menghilang bau tidak menyenangkan pada baju.

Namun, berhati-hati tidak menggunakan pewangi itu adalah lebih baik.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah dan penulis.