Stor bahan kitar semula, tiga kenderaan terbakar

Iklan
Operasi pemadaman tamat pada jam 3.26 pagi tadi.

BUTTERWORTH - Sebuah tempat penyimpanan bahan kitar semula di Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, PBK II Mohd Nasir Idris berkata, dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu, premis dengan anggaran keluasan 80×80 kaki persegi tersebut musnah 100 peratus.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kebakaran tersebut turut memusnahkan tiga kenderaan yang terdapat di dalam kawasan tempat penyimpanan itu.

"Pasukan bomba dari BBP Butterworth dibantu anggota dari BBP Perai bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan pada jam 12.50 tengah malam.

Iklan

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kita mendapati kebakaran melibatkan tempat penyimpanan bahan kitar semula.

"Anggaran peratusan kebakaran adalah 100 peratus melibatkan sebuah bangunan kelas C dan tiga buah kenderaan yang terdapat di dalam kawasan tempat penyimpanan," katanya ketika dihubungi tadi.

Iklan

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.06 pagi dan tiada mangsa dilaporkan.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

"Operasi pemadaman tamat pada jam 3.26 pagi tadi," katanya.