Kes Adib: KPKT serah kepada polis

Iklan
Zuraida ketika hadir mengikuti keputusan Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di sini hari ini. -Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak polis berhubung kes kematian anggota Bomba dan Penyelamat (JPBM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin bersyukur kerana kes itu diadili dengan baik.

Iklan
Iklan

Zuraida juga berharap rakyat Malaysia dapat menerima keputusan mahkamah dengan baik dan tidak dipolitikkan.

"Jangan libatkan isu itu dengan agama atau bangsa kerana ia adalah kes rakyat Malaysia yang yang meninggal dunia ketika bertugas.

Iklan

"Kita akan jumpa keluarga Allahyarham dan bapanya masih dari Kedah. Mungkin dalam perjalanan ke sini,” katanya pada sidang akhbar selepas keputusan Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di sini hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya berpuas hati dan telah menggunakan semua saluran termasuk meminta inkues untuk Allahyarham diadakan.

Iklan

Pagi tadi, Mahkamah Koroner memutuskan kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib adalah akibat tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

Hakim Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan sebentar tadi selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali