ANKARA - Sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam insiden tunjuk perasaan di ibu kota Colombia apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis pada kelmarin, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan media tempatan.
Pelajar di Bogota telah mengadakan tunjuk perasaan menentang dakwaan rasuah terhadap kerajaan Presiden Ivan Duque sejak Isnin, menurut Colombian News.