Mahkamah adil, tidak bias: Saksi

Iklan
Narresh antara saksi inkues kematian Muhammad Adib. -Foto Sinar Harian Rosli Talib

KUALA LUMPUR - Saksi utama prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, R Narresh gembira apabila Mahkamah Koroner hari ini membuat keputusan yang adil.

Narresh berkata, keputusan itu dibuat tanpa bias kepada mana-mana pihak.

Iklan
Iklan

"Selama ini saya menerima cacian dan hinaan kerana kononnya bias ketika memberi keterangan berhubung apa yang menimpa Adib hari ini akhirnya terbukti yang saya tidak mereka-reka atau menokok tambah mengenai kejadian tersebut,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Katanya, dia bersyukur sekurang-kurangnya keadilan telah memihak kepada Allahyarham walaupun mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan belum dapat dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan.

Iklan

"Sesungguhnya Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil ternyata keterangan kami yang benar-benar berada di tempat kejadian telah diambil kira.

"Saya menyambut baik keputusan yang dibuat Mahkamah Koroner dan menyifatkan hakim telah mempertimbangkan semua keterangan dengan tanpa bias kepada mana-mana pihak. Saya percaya hakim tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan bukan saya seorang sahaja yang dipanggil dalam inkues itu.

Iklan

"Dalam erti kata lain hakim bukan mendengar cerita sebelah pihak semata-mata. Beliau bukan dengar keterangan saya sahaja jadi saya percaya beliau adil dalam keputusannya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali

Narresh turut berharap masyarakat menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka.

Pada hari kejadian Narresh adalah orang yang bertanggungjawab mengangkat serta mengusung Adib yang ketika itu sedang dalam kesakitan ke dalam sebuah kereta pacuan empat roda dan memangkunya hingga sampai ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Ketika prosiding inkues pada Februari lalu Narresh mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan yang beliau terlihat kesan tapak kasut pada bahagian rusuk kanan Allahyarham pada malam rusuhan berkenaan.