Lokasi ceramah Ustaz Azman Shafawi terpaksa diubah

Iklan
Azman sedang menyampaikan kuliah agama di Surau Kampung Landak, malam ini.
BALING - Lokasi Kuliyah Maulidur Rasul oleh Ustaz Azman Shafawi di sebuah masjid di sini malam ini terpaksa diubah kerana tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Menurut sumber, kuliah oleh penceramah bebas juga Pegawai Penyelidikan di Pejabat Menteri Besar Terengganu terpaksa diadakan di Surau Al-Akhlaqiah Kampung Landak.

"Pihak berkenaan memberikan alasan penceramah tidak mengisi borang. Sedangkan penceramah lain tidak pernah mengisi borang untuk berceramah di masjid tersebut," katanya kepada Sinar Harian di sini malam ini.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati orang ramai berpusu-pusu ke surau berkenaan selepas mendapati lokasi ceramah diubah.