Takut tsunami, penduduk Ambon lari masuk hutan

Iklan
Salah sebuah keluarga berlindung di kawasan hutan selepas rumah mereka rosak dalam kejadian gempa bumi di Ambon kelmarin. -FOTO: AGENSI

KOTA AMBON - Ribuan mangsa gempa bumi di Maluku Indonesia memilih untuk berlindung di kawasan hutan ekoran tersebarnya khabar angin berlaku bencana lebih dahsyat sehari selepas gempa bumi kekuatan 6.5 magnitud menggegarkan wilayah itu.

Penduduk terutamanya di Ambon, Teluk Piru dan Saparua panik gara-gara penyebaran mesej di aplikasi WhatsApp mendakwa satu gegaran kuat bakal berlaku disusuli ancaman tsunami.

Iklan
Iklan

Keadaan itu mencetuskan situasi panik dalam kalangan penduduk yang lari menyelamatkan diri dalam keadaan sehelai sepinggang menuju kawasan hutan.

Malah ada penduduk membawa anak kecil tidur di kawasan terbuka sekali gus terdedah kepada ancaman serangga dan haiwan berbisa.

Iklan

Sementara itu Jabatan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) menasihati orang ramai supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan sebarang berita tidak rasmi berkaitan kejadian gempa di media sosial.

"Gempa kuat dan tsunami di Ambon, Teluk Piru dan Saparua adalah bohong belaka. Secara statistik frekuensi kejadian gempa semakin mengecil.

Iklan

"Penduduk perlu bijak menilai dan menapis setiap mesej yang diterima agar tidak terpancing dengan berita palsu," kata Jurucakap BMKG, Muhammad Sadly.

AFP melaporkan gempa berukuran 6.5 magnitud melanda sekitar jam 8.45 pagi (waktu tempatan) membuatkan penduduk yang panik melarikan diri ke jalan raya ketika beberapa bangunan runtuh di sekitar mereka.

Tinjauan oleh Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu berlaku kira-kira 37 kilometer di timur laut Ambon wilayah Maluku pada kedalaman 29 kilometer. - Agensi