Akauntan dipenjara 13 tahun kerat alat sulit kekasih

Iklan
Barattini (tengah) ketika dihadapkan ke sebuah mahkamah di bandar Cordoba Argentina. - FOTO: AP

CORDOBA - Seorang akauntan wanita di Argentina dihukum penjara 13 tahun selepas didapati bersalah memotong zakar kekasihnya menggunakan gunting laman ketika melakukan hubungan seks.

Brenda Barattini, 28, didapati bersalah di atas pertuduhan cuba membunuh seorang ahli muzik, Sergio Fernandez, 42, dalam satu perbicaraan di bandar Cordoba.

Iklan
Iklan

Wanita itu mengaku dia merancang serangan itu pada 25 November 2017 tetapi berkata dia tidak berniat untuk membunuh mangsa.

Barattini berkata di mahkamah bahawa dia merancang untuk mencederakan Fernandez selepas lelaki itu berkongsi rakaman seks dan gambar lucahnya bersama rakan-rakan selain mendakwa dirinya dilayan seperti ‘trofi’.

Iklan

Barattini turut memberitahu panel juri terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita semasa perbicaraan dia dijadikan sebagai hamba seks.

"Dia menjadikan saya sebagai hamba seks. Saya tidak berharga baginya.

Iklan

"Dia menceroboh privasi kehidupan dan karier saya. Semuanya sudah musnah," katanya.

Fernandez diselamatkan oleh beberapa jiran yang terdengar jeritannya dan menghubungi polis.

Kira-kira 90 peratus zakar mangsa terputus akibat kejadian itu.

Selepas ditangkap Barattini pada mulanya mendakwa dia mempertahankan dirinya daripada serangan seksual Sergio.

Dia kemudian mengubah cerita dan mengaku melakukan serangan sebagai balas dendam.

Barattini kini ditahan di penjara sejak serangan itu dan dijangka mengemukakan rayuan di mahkamah. – Agensi