Berang tak dapat duit, lelaki ugut tendang ibu

Iklan
Gambar hiasan

KUALA BERANG - Gara-gara permintaannya untuk mendapatkan wang tidak diendahkan, seorang lelaki sanggup mengugut untuk menendang ibunya selain bertindak memecahkan pinggan mangkuk dalam kejadian di Ajil di sini semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, 61, yang ketika itu berada di dapur dihampiri anak lelakinya, 38, yang meminta sejumlah wang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa tidak mengendahkan permintaan itu meskipun dirayu beberapa kali sebelum suspek mengamuk dengan memecahkan pinggan mangkuk di bahagian dapur rumahnya.

"Masih tidak berpuas hati, suspek turut bertindak mengugut mahu menendang mangsa sekiranya masih berdegil tidak mahu memberi wang seperti yang diminta.

Iklan

"Mangsa mendakwa sebelum ini suspek kerap meminta wang kerana hendak membeli bahan terlarang dan akan mengamuk sekiranya tidak diberikan wang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohd Adli berkata, bimbang keselamatan diri dan keluarga selain tidak sanggup lagi melayan karenah suspek yang selalu meminta wang. mangsa mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Ajil.

Iklan

Katanya, susulan laporan dibuat suspek ditahan reman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.