SIMPANG RENGGAM - Seorang wanita di Kampung Batu 45, Jalan Johor di sini, tabah menjaga bapanya yang lumpuh separuh badan akibat strok dan pelbagai komplikasi penyakit lain sejak Julai lalu.
Liyana Syafiqah Sazali, 25, berkata, bapanya, Sazali Harun, 58, diserang strok kali ketiga akibat penyakit darah tinggi kronik sewaktu sedang berehat di rumahnya sebelum dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (BEBHK) Kluang.
"Ketika itu, ayah sempat telefon pakcik saya untuk minta tolong hantarnya ke hospital dan sewaktu sedang mendapatkan rawatan, ayah diserang sakit jantung, sawan dan strok sebelum ditahan di hospital hampir dua minggu.
"Serangan strok kali ini paling teruk berbanding kali pertama dan kedua pada 2010 dan 2017 kerana bahagian badan sebelah kanan kini langsung tak boleh bergerak,” katanya.
Dia ditemui di rumahnya semasa menerima kunjungan Program Ziarah Amal Jalinan Kasih anjuran Srikandi PKR Negeri Johor dengan kerjasama PKR Cabang Simpang Renggam, semalam.
Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia juga terpaksa berhenti kerja untuk menjaga bapanya dan adik bongsunya, Mohd Syakir, 15, yang masih bersekolah kerana ibunya, Latiffah Mahamad telah meninggal dunia pada 2013.
Katanya, bapanya juga terpaksa memakai lampin pakai buang dan bergantung kepada ubat-ubatan hospital selain terpaksa mengharapkan bantuan dia atau adik-adiknya untuk menguruskan keperluan diri.
"Macam perbelanjaan di rumah ini termasuk kos persekolahan Mohd Syakir, tiga adik saya yang telah bekerja akan sama-sama membantu selain terpaksa mengharapkan bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Setiap bulan, kami terpaksa membelanjakan kira-kira RM300 untuk kos perubatan ayah termasuk lampin pakai buang dan sebagai anak, inilah masa saya untuk membalas jasa-jasa ayah yang telah membesarkan saya selama ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Srikandi PKR Negeri Johor, Nur Khurul Ain Abdul Samat berkata, matlamat program tersebut adalah untuk membantu komuniti terutamanya golongan memerlukan.