Jangan suka-suka keluar 'fatwa' syahid: KPN

Iklan
Abdul Hamid - FOTO FAIL ROSLI TALIB

ARAU - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyelar tindakan individu yang membuat kenyataan tidak bertanggungjawab berhubung kejadian polis menembak mati seorang lelaki yang menetak dua rakan sekerjanya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Walaupun tidak menamakan individu terbabit beliau dipercayai merujuk kepada seorang pemimpin sebuah pertubuhan politik yang dilaporkan dalam satu ceramah menyifatkan kematian lelaki itu sebagai syahid.

Iklan
Iklan

Abdul Hamid berkata pihaknya mengambil berat kenyataan tersebut dan telah mengarahkan polis untuk membuka kertas siasatan dan akan memanggil pihak terbabit untuk diambil keterangan.

"Berhubung kes di Pulau Pinang, ada lagi orang yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan fatwa dia sendiri mensyahidkan orang tersebut. Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Iklan

Katanya, kenyataan seumpama itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana dikeluarkan mengikut kata hati sendiri tanpa memikirkan fakta sebenar dalam kejadian yang berlaku.

Abdul Hamid berkata, pegawai dan anggota polis telah mengambil langkah itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada dan sekiranya tindakan tersebut tidak diambil ia berisiko menjadi tragedi yang lebih buruk.

Iklan

"Saya sudah beritahu sebelum ini insiden tersebut tidak ada kena-mengena dengan perkara yang dikatakan itu. Individu tersebut sudah naik menjadi seorang yang ekstrem, pelampau dan radikal kerana taksub melihat video keganasan dalam sosial media,” katanya.

Abdul Hamid turut mengingatkan masyarakat khususnya ibu bapa untuk sentiasa memantau aktiviti anak-anak agar tidak terlalu menonton sebarang video keganasan di media sosial sehingga terpengaruh dan menjadi radikal.

Abdul Hamid sebelum ini telah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas dengan terus menahan mereka yang tidak bertanggungjawab menyebar dan menularkan artikel mengenai kejadian itu yang dianggap boleh menyebabkan ketegangan kaum di negara ini.

Beliau turut mengesahkan suspek tembak mati itu telah terpengaruh dengan klip video keganasan dari Timur Tengah. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki mengamuk di kilang ditembak mati