MUAR - Tahap kesedaran individu untuk menderma darah melalui penganjuran kempen dan program yang diadakan oleh pihak Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, dilihat masih mendapat sambutan memberangsangkan.
Pengarah HPSF, Dr Muhammad Yusof Sibert berkata, perkara itu terbukti apabila sehingga kini penyertaan orang ramai yang menderma meskipun di luar waktu kempen masih mencukupi dan ia mampu memenuhi jumlah penggunaan darah untuk pesakit mereka.
"Bekalan darah kami tiada masalah dan setakat ini hospital banyak menerima darah jenis O positif. Pada Ramadan lalu, kita akui jumlah penderma darah sedikit berkurangan, namun ia tak menjejaskan bekalan darah kepada penerima.
"Malah, kebiasaannya jumlah penderma juga akan menjadi normal sebaik Ramadan berakhir,” katanya.
Dr Muhammad Yusof berkata, beliau berpuas hati dengan kesedaran orang ramai dan dalam masa sama menggalakkan agar lebih ramai individu terpanggil untuk menderma darah.