STL 2019: Negeri Sembilan Antlers atasi Johor Tigris

Iklan
Antara aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan hari ini. - Foto Facebook SepakTakraw League

NEGERI Sembilan Antlers memulakan hari pertama saingan minggu keempat Sepak Takraw League (STL) 2019 langkah kanan apabila menewaskan Johor Tigris, 11- 21, 21-17 dan 21-19 di Spice Arena, Bayan Baru, hari ini.

Pengurus Negeri Sembilan Antlers, Wan Mohd Husni Abdullah berkata, kehadiran tekong dari Thailand, Wirawut Na Nongkhai memberi kelebihan kepada pasukannya.

Iklan
Iklan
Antara aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan hari ini. - Foto Facebook SepakTakraw League
Iklan

Menurutnya, semangat berpasukan yang ditampilkan antara faktor kemenangan bagi Negeri Sembilan Antlers walaupun dipaksa lawan untuk bekerja keras bagi memperoleh kemenangan.

"Kita sudah cuba sehabis baik dan rezeki menyebelahi kita hari ini. Kita sasar untuk menang dua perlawanan bagi minggu keempat ini. Esok kita akan kekal apa yang ada, cuma kena perbaiki sedikit kelemahan.

Iklan
Antara aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan hari ini. - Foto Facebook SepakTakraw League

"Kami optimis dengan perlawanan esok untuk menentang Perak Bison. Dengan mengekalkan Wirawut sebagai tekong, kami akan cuba sebaik mungkin,” katanya yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan.