KOTA BHARU – Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari menasihatkan Pakatan Harapan negeri ini menumpukan perhatian mengadakan mesyuarat parti secara sah sebelum merancang merampas negeri ini.
Ahmad Fadhli yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, PH Kelantan tidak perlu masuk campur urusan Pas kerana Pas lebih mengenali penyokongnya yang tidak mudah terpedaya dengan sandiwara parti lain.
Iklan
Iklan
"Jika perlu bantuan, Pas sedia menawarkan khidmat nasihat bagaimana mengurus mesyuarat parti berlandaskan piawai yang telah termaktub dalam perlembagaan parti dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS),” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Menurutnya, beliau tidak gentar dengan dakwaan Pengerusi PH Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah yang menggambarkan akan menawan Kelantan daripada Pas dan UMNO.
"Selepas berjaya mengadakan mesyuarat secara sah barulah kita bincang isu nak menembusi kubu Pas itu. Mampu atau tidak itu bergantung kepada kekuatan mereka,” katanya.