CAPE VERDE - Hampir 200 ekor ikan lumba-lumba ditemukan terdampar di pantai Pulau Cape Verde, Afrika Barat minggu ini.
Menurut sebuah persatuan alam sekitar, BIOS Cape Verde, sebanyak 163 ekor ikan lumba-lumba 'melon-headed' ditemukan Selasa lalu di pantai Pulau Boa Vista.
Iklan
Iklan
Kira-kira 100 anggota pihak berkuasa, penduduk dan pelancong cuba menolak beberapa ekor ikan lumba-lumba yang masih hidup ke dalam laut namun gagal.
Susulan itu, pihak berkuasa akhirnya menanam 136 ikan lumba-lumba yang mati menggunakan jentolak.
Pakar BIOS dilaporkan mengutip sampel 50 ekor haiwan terbabit dan cuba mengkaji punca yang menyebabkan kematian. Mereka turut membekukan empat ekor ikan lumba-lumba untuk kajian.
Dalam pada itu, saintis Sepanyol dari Universiti Las Palmas de Gran Canaria dilaporkan akan menjalankan 'necropsy' dan melatih penduduk tempatan menangani situasi itu pada masa akan datang.
Insiden terbabit tidak hanya berlaku di Pulau Cape Verde apabila hampir 300 ekor ikan lumba-lumba dilaporkan terdampar di perairan Teluk sejak Februari, tiga kali lebih tinggi daripada jumlah biasa. - Agensi