Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Kelantan

Iklan

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah di atas kemangkatan Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Muhammad V serta seluruh kerabat Diraja Kelantan dan mendoakan agar roh Almarhum Sultan Ismail Petra, Sultan Kelantan ke-28, dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Iklan
Iklan

"Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat ke Kelantan untuk menziarahi Almarhum dan Sultan Muhammad V serta kerabat Diraja Kelantan.

"Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah turut bertitah semua bendera di negeri Pahang dikibar separuh tiang selama tiga hari, mulai hari esok,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II pagi ini.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darul Naim, Kota Bharu. - Bernama

Iklan