114 ditahan dalam Op Damn Tokan

Iklan
Mohd Khalil (depan, tengah) melihat motosikal yang dirampas daripada tokan dadah di negeri ini.

GEOTGETOWN - Seramai 114 tokan dadah ditahan dalam Op Damn Tokan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Semua suspek berusia 18 hingga 45 tahun itu ditahan bersama 2.7kg pelbagai jenis dadah termasuk syabu dan heroin dalam operasi selama dua hari bermula Khamis lalu di sekitar negeri ini.

Iklan
Iklan

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohamad berkata, menerusi operasi berkenaan, seramai 22 orang ditahan kerana membekalkan dadah dan 12 memiliki dadah.

"Seramai 36 individu pula didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing yang dilakukan, 44 orang di bawah kategori Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Iklan

"Melalui operasi ini kita merampas 442.2 gram dadah disyaki syabu, 422 gram heroin dan 504 biji pil erimin 5, 1.39kg ganja, 194 biji pil ekstasi, 265 gram serbuk minuman (MDMA) dan 23 gram ketamin," katanya pada sidang media di IPK Pulau Pinang semalam.

Menurutnya, selain merampas dadah bernilai RM109,259 dan wang tunai RM3,800 itu, polis turut menyita pelbagai jenis kenderaan bernilai RM170,700.

Iklan

"Kita juga menyita wang dalam akaun sebanyak RM1,548 yang menjadikan jumlah keseluruhan sitaan adalah RM176,048. Operasi ini dijalankan di negeri sasaran dan untuk Pulau Pinang peratusan tangkapan sasaran adalah 86.36 peratus selama dua hari.

"Peratusan tangkapan keseluruhan adalah 92.69 peratus. Objektif operasi ini antaranya untuk mengelak Pulau Pinang dijadikan lokasi transit bekalan dadah selain membendung rakyat negeri ini menjadi penagih dadah," katanya.

Mohd Khalil berkata, sejak Januari hingga 26 September lalu, polis berjaya menangkap 137,255 orang atas kesalahan dadah di seluruh negara.

"Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan RM2.7 juta. Bagi nilai sitaan harta berjumlah RM62.8 juta dan nilai harta yang dilucutkan adalah RM2.16 juta," katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sama di peringkat negeri, JSJN Pulau Pinang berjaya menahan 10,096 orang kerana kesalahan sama.

"Daripada jumlah itu, 285 ialah warga asing dan jumlah keseluruhan dadah dirampas adalah 58.202kg selain dadah tradisional seberat 249kg yang membabitkan nilai keseluruhan dadah yang dirampas adalah RM10.6 juta.

"Sepanjang tempoh itu juga, polis Pulau Pinang berjaya menyita harta benda berjumlah RM6.7 juta manakala nilai harta yang dilucutkan berjumlah RM85,959," katanya.