Tak ada alasan buat wakil rakyat Umno

Iklan
Zainal Abidin (tengah) hadir menyampaikan bantuan kelengkapan persekolahan dalam program berkenaan.

KUALA LUMPUR - Tidak ada alasan bagi wakil rakyat Umno untuk mengabaikan kawasan yang dimenangi mereka pada PRU14 lalu hanya semata-mata kerana parti itu bukan lagi kerajaan pemerintah.

Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Abidin Mohd Rafique berkata, mereka diingatkan untuk terus berkhidmat kepada rakyat sebaik mungkin di kawasan mereka terutama berkaitan kebajikan dan bebanan kos sara hidup ketika ini.

Iklan
Iklan

"Walaupun Umno bukan lagi kerajaan hari ini, tapi kita masih perlu menjalankan amanah setelah dipilih rakyat, di kawasan Parlimen Bukit Bintang contohnya, Umno masih terus menyalurkan bantuan kepada ahli-ahli terutama yang berdepan masalah bebanan kos sara hidup.

"Jadi, saya kira tiada alasan untuk kita berhenti jalankan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat, perlu fikirkan cara bagaimana kita boleh bantu rakyat yang semakin dibebani kos sara hidup tinggi sejak PH memerintah negara," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Bantuan Persekolahan 2019 Umno Bahagian Bukit Bintang di Bangunan Umno Bahagian Bukit Bintang, kelmarin.

Zainal Abidin berkata, Umno Bukit Bintang antara bahagian yang masih konsisten memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat meski pun wakilnya tewas pada PRU14 lalu.

Iklan

Katanya, bahagian itu akan terus komited bekerja untuk rakyat serta mempertahankan parti yang sejak sekian lama menjadi wadah politik orang Melayu.

"Malah kita juga berjaya meneruskan program bantuan beg dan kelengkapan sekolah pada tahun ini di mana 170 anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan 2019 pada Rabu ini menerima bantuan berkenaan," katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan segelintir wakil rakyat Umno yang angkat kaki meninggalkan parti dengan alasan tidak mahu kebajikan rakyat kawasan mereka terabai hanya sekadar alasan murahan dan tidak bermaruah.

"Kalau nak jaga kawasan perlu ada inisiatif mencari dana untuk digunakan bagi membantu rakyat, bukan beri alasan bila kalah, lompat parti untuk elak bantuan rakyat daripada tersekat.

"Meskipun parti kalah, sebagai wakil rakyat perlu usaha cari jalan atau alternatif lain untuk terus berkhidmat kepada rakyat, jika benar-benar mahu bantu rakyat pasti ada jalannya," katanya.