Terjemah Piagam Muafakat Nasional di empat negeri

Iklan
Ahmad Zahid (lima dari kiri) dan Abdul Hadi (enam, kiri) bersama pimpinan utama UMNO-Pas mengangkat tangan sebagai sepakat menjayakan Muafakat Nasional peringkat negeri Kedah.

ALOR SETAR - Kesepakatan UMNO bersama Pas yang dimeterai menerusi Piagam Muafakat Nasional baru-baru ini dijangka diterjemahkan di empat buah negeri yang kini ditadbir kedua-dua parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO dan Pas akan membuktikan penyatuan ummah tersebut melalui pendekatan lebih holistik terutama di Terengganu, Kelantan, Perlis dan Pahang.

Iklan
Iklan

Malah, katanya, pendekatan sama akan dikembangkan ke negeri yang berpotensi untuk dirampas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti Kedah.

"Tunggulah... apabila tiba masanya saya yakin kesepakatan ini akan diterjemahkan ke empat negeri itu. Tidak terkecuali negeri lain yang berpotensi untuk menang termasuk Kedah,” katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Muafakat Nasional peringkat negeri Kedah bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.

Iklan

Abdul Hadi turut senada dengan Ahmad Zahid dan percaya kerjasama itu akan diterjemahkan dalam urusan pentadbiran negeri apabila masanya sesuai.

"Kerjasama itu sudah dimulakan di peringkat kepimpinan masyarakat malah UMNO-Pas sudah lama menjalin kerjasama dalam isu sejagat seperti Rohingya dan Palestin bukan fokus kepada agenda politik semata-mata,” katanya.

Iklan

Menurutnya, kedua-dua parti itu turut menjalin kerjasama menguruskan isu bencana alam dan kebajikan dan bukan hanya menjurus kepada politik.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencabar penyatuan ummah dimulakan di empat negeri ditadbir Pas dan BN dengan membentuk kerajaan campuran antara UMNO dan Pas.

Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan turut melontarkan cadangan supaya tiada lagi jawatan ketua pembangkang di negeri-negeri yang dikuasai UMNO dan Pas.

ARTIKEL BERKAITAN: Cadang tiada lagi ketua pembangkang negeri ditadbir UMNO, Pas