Selepas setahun, mangsa Palu masih berjuang teruskan hidup

Iklan
Antara runtuhan kesan gempa bumi di Palu tahun lalu. - Foto Agensi

JAKARTA - Ribuan penduduk di Indonesia kini masih berjuang membina semula kehidupan mereka setahun selepas gempa bumi kuat dan tsunami dahsyat melanda kepulauan Sulawesi pada 28 September tahun lalu.

Bandar Palu hancur akibat gegaran gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang turut mengorbankan lebih 4,000 orang.

Iklan
Iklan

Meskipun banyak bantuan kemanusiaan yang diterima selepas bencana namun menurut agensi kebajikan tempatan, selepas setahun mangsa terjejas masih tinggal di penempatan sementara dan kanak-kanak tidak boleh ke sekolah.

Dino turut menganggarkan dua pertiga daripada 1,300 sekolah masih rosak dan menggesa pihak berkuasa untuk mempercepatkan usaha pembinaan semula.

Iklan

Antara runtuhan kesan gempa bumi di Palu tahun lalu. - Foto Agensi

Bagaimanapun, seorang pegawai pendidikan memberi gambaran tugas itu tidak mudah untuk dilaksanakan tanpa pembiayaan yang mencukupi walaupun pembangunan sekolah merupakan keutamaan.

Iklan

"Malangnya kami kekurangan dana. Saya memerlukan tambahan AS$11 juta (RM46 juta) hanya untuk membina sekolah di bandar Palu. Tanggungjawab ini sangat besar," kata Ketua Pendidikan Palu, Ansyar Suitiadi dalam satu kenyataan kepada Save the Children.

Sementara itu, Palang Merah Indonesia menganggarkan 57,000 orang masih tiada tempat tinggal dan terus tinggal di kem dan tempat perlindungan sementara.

"Kami berharap kerajaan akan menggandakan usaha mereka untuk mengenal pasti kawasan penempatan dan membantu ribuan keluarga," kata Ketua Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Antarabangsa, Jan Gelfand. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN:

Ribuan kanak-kanak Palu masih tiada tempat tinggal sempurna

Ramai mangsa gempa Palu hidup merempat