Almarhum seorang yang tertib, mudah bekerjasama: PM

Iklan
Almarhum Sultan Ismail Petra

NEW YORK - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Sultan Ismail Petra, ayahanda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, yang mangkat pada awal hari ini.

"Saya merasa sedih dengan berita kemangkatan bekas Sultan Kelantan itu dan saya ucapkan takziah kepada keluarga Almarhum," kata Dr Mahathir kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja lima harinya ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tadi.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir berkata, Almarhum gering sejak sekian lama dan tidak dapat menjalankan tugas yang diambil alih oleh anak baginda.

"Tetapi semasa Almarhum menjadi raja, saya ada hubungan yang baik dengan baginda. Saya dapati baginda seorang yang cukup tertib dan mudah untuk bekerjasama," katanya.

Iklan

Sultan Ismail Petra diputerakan pada Jumaat, 11 November, 1949. Baginda memerintah Kelantan dari 30 Mac 1980 sehingga Mei 2009.

ARTIKEL BERKAITAN:

Iklan

Sultan Ismail Petra mangkat

Sultan Ismail Petra selamat dimakamkan

Baginda kemudiannya digantikan putera sulungnya Sultan Muhammad V sebagai Sultan Kelantan, akibat gering.

Baginda mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan. - Bernama