PENEGNDALI Johor Darul Ta’zim II (JDTII), Ervin Boban memuji karakter juang dipamerkan pemainnya ketika menjinakkan Terengganu FC II 2-1 untuk mara ke final aksi Piala Cabaran dengan agregat 4-2 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, semalam.
Menurutnya, kejayaan itu hasil kerja keras barisan pemainnya selain sokongan padu daripada semua pihak terutamanya Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pihak pengurusan kelab.