HEXIAN - Kita seringkali mendengar ungkapan umpama katak panggil hujan bagi menggambarkan seseorang yang bersuara sumbang namun lain kisahnya yang berlaku di daerah Hexian, wilayah Heilongjiang, China.
Keasyikan seorang lelaki yang sedang menyanyi dalam sebuah bilik karaoke terganggu dengan kehadiran seekor babi hutan seberat kira-kira 140 kilogram yang tiba-tiba menyerbu masuk.
Iklan
Iklan
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan haiwan terbabit menjenguk ke dalam premis sebelum meluru masuk ke dalam bilik karaoke itu.
Amukan babi hutan tersebut menyebabkan lelaki berkenaan dan beberapa pelanggan lain bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Difahamkan haiwan itu akhirnya berjaya dikepung dalam sebuah bilik sebelum ditembak mati oleh pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian. - Agensi