Inkues Adib sudah selesai apa nasib Moorthy, soal Najib

Iklan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan janji Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat semula kedudukan P Waytha Moorthy sebagai menteri setelah keputusan inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diumumkan baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, Dr Mahathir pernah berkata demikian pada awal tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Ini berita bulan Januari. Sekarang inkues Adib akhirnya selesai. Apakah nasib menteri ini sekarang?," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

Najib berkata demikian memetik laporan Portal Isma berhubung perkara berkenaan.

Iklan

Sebelum itu, pada Januari lalu Dr Mahathir dipetik berkata, beliau akan membuat keputusan mengenai kedudukan Moorthy sebagai menteri selepas menerima laporan penuh inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib.

Dr Mahathir membuat kenyataan itu berikutan peningkatan gesaan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga perpaduan dan integriti nasional dilucutkan jawatan selepas kematian Allahyarham Muhammad Adib yang dipukul perusuh kuil di Subang Jaya, November lalu.

Iklan

Jumaat lalu, Mahkamah Koroner membuat dapatan bahawa Allahyarham Muhammad Adib dipukul oleh sekumpulan individu berketurunan India yang tidak dikenali ketika berada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Allahyarham ketika itu bertugas untuk memadamkan kebakaran dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ, November tahun lalu.

Hakim Koroner, Rofiah Mohamad dalam keputusannya berkata, dapatan tersebut mengambil kira bahawa rusuhan tercetus akibat kemarahan bangsa India terhadap pencerobohan kuil yang dilakukan sekumpulan Melayu beberapa hari sebelum itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah putuskan Adib dipukul sekumpulan lelaki